Hazard Bakal Pindah Ke Juventus? Ini Yang Cocok Jadi Pengganti

eden hazard chelsea
Hazard Bakal Pindah Ke Juventus? Ini Yang Cocok Jadi Pengganti. Masa depan Eden Hazard di Chelsea kembali menjadi perbincangan. Pengurus Antonio Conte dikhabarkan bersedia menukar bintang Belgium itu dengan defender Juventus Leonardo Bonucci. 

Jika khabar angin itu benar dan The Blues memutuskan untuk menjual aset berharganya, lantas siapa yang mampu untuk menggantikan Hazard di Stamford Bridge? Dipetik dari talkSPORT, berikut ini lima pemain top dunia sebagai calon pengganti Eden Hazard di Chelsea.

Pertama: Antoine Griezmann
Griezmann sering dikaitkan dengan perpindahannya ke Stamford Bidge dan ini sudah tiba masanya Chelsea mengemukakan tawaran rasmi untuk mendapatkan tanda tangannya. Pemain asal Perancis ini sudah menjaringkan enam gol dari enam penampilannya di La Liga musim ini dan sekaligus mengukuhkan dirinya sebagai salah satu penyerang top di Eropah. Griezmann boleh bermain di tengah atau melebar sehingga boleh dengan mudah menggantikan kedudukan Hazard.

Kedua: James Rodriguez
James Rodriguez mampu membuat Real Madrid mengeluarkan wang sebanyak 71 juta pounds selepas tampil gemilang ketika membela Colombia di Piala Dunia 2014 lalu. Namun, pemain berusia 25 tahun itu belum dapat memenuhi ekspektasi besar di Santiago Bernabeu. Walaupun begitu, James masih tetap menjadi salah satu gelandang serang menarik di Eropah dan boleh mendapatkan peluang bermain rutin di Chelsea. 

Ketiga: Julian Draxler
Dikehendaki Arsenal di musim panas, peminat Draxler bertambah banyak selepas penampilannya di Euro 2016 bersama Jerman. Selesa bermain dengan kedua kakinya, pemain berusia 23 tahun itu akan menjadi pengganti Eden Hazard yang bagus dan masih belum mencapai puncak permainannya.

Keempat: Oxlade-Chamberlain
Perpindahan Jack Wilshere dengan status pinjaman ke Bournemouth mungkin boleh membuat rakan sepasukan Oxlade-Chamberlain memikirkan masa depannya di Emirates. Pemain berusia 23 tahun itu tak menjadi pemain biasa di London utara sejak pertama kali datang pada tahun 2011 lalu. Ia terancam membuang-buang masa terbaik dalam kerjayanya di Emirates tetapi Chelsea boleh memberikannya jalan keluar.